WAN-MEDIA

WAN-MEDIA

Sunday, January 23, 2011

Cerita Lawak Pendek



   Hye , Nak baca cerita2 lawak ... ini ada lah sedikit koleksi cerita2 lawak ... Kalau belum pernah baca, harap terhibur ... Kalau dah baca, buat - buat tak pernah baca dan gelak je lah ... Kalau rasa tak lawak , AAK = Ada Aku Kisah










CERITA 1



 P E K E R J A A N




Man: Bapa aku hebat. Dia polis. Semua orang takut ngan dia. 
Ali: Eleh, bapa aku lagi terer. Kalau dia suruh orang tunduk, mesti orang tu tunduk. 
Man: Wow! Bapa kau keja apa? 
Ali: Tukang gunting rambut.



CERITA 2



S U D U 



Doktor: Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari. 
Pesakit: Eh! tak boleh la doktor. 
Doktor: Kenapa? 
Pesakit: Rumah saya ada dua sudu jer. 



CERITA 3





M A Y A T




Cikgu: Hasan,sambungkan 2 ayat ini menjadi satu. 'Ali menaiki basikal ke sekolah. Ali ternampak mayat.' 
Hasan: Ali ternampak mayat menaiki basikal ke sekolah. 







CERITA 4



     S U R A T


Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat.

Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah. "Atok buat apa tu?"

"Atok bagi surat kat kawan atok, cu!" jawap atoknya.

Cucunya bertanya lagi,"Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?"



CERITA 5


I S T E R I


Pada suatu pagi, bertanya si isteri pada si suami:

Isteri : Abang tengok jiran kita yg baru pindah tu?

Suami : Kenapa?

Isteri : Tiap pagi sebelum pergi kerja, suami dia akan cium
isterinya. Bila pulang kerja, dia akan berikan isterinya sekuntum
bunga mawar. Loving betullah mereka. Kenapa abang tak buat macam tu?

Suami : Nak mampus... Mana abang kenal isteri dia?"


CERITA 6


P A K     P A N D I R



Suatu hari pak pandir melalui satu lorong yang
kecik semasa hendak pulang ke rumahnye. Entah macamana, di tengah
perjalanannye tadi dia terjumpe seketul taik yang masih panas. Tapi
dia masih konpius sama ada betul ke bende yang dia jumpe tu seketul
taik. Oleh kerana kemusykilan yang teramat sangat tu, pak pandir
ambil keputusan untuk mengkaji sampel najis berkenaan.

Pak pandir tengok ngan lebih dekat taik tersebut, lalu dia berkata,
"Bentuk macam taik."

Lepas tu dia pegang pulak taik tu, lalu dia berkata,
"Lembik...macam taik."

Lepas tu dia ambik sikit taik tu lalu dia hidu taik tu, lepas tu dia
berkata,
"Bau macam taik."

Oleh kerana pak pandir ni masih ragu-ragu dengan taik tu lalu dia pun
mengambil keptusan untuk mejilat sedikit taik tersebut. Sebaik sahaja
dia menjilat taik berkenaan dia pun menjerit...


"MEMANG TAIK!! NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK!!!"


CERITA 7



P AK   P A N D I R 2


         Ini ada satu lagi cerita pasal Pak Pandir ... Pada suatu hari, Pak Pandir berasa pening - pening nak pitam . Tanpa melengahkan masa dia terus pergi ke hospital untuk mengetahui keadannya. Setelah membuat pemeriksaan, Doktor dan Pak Pandir berbual . Ikuti perbualan ini.

Pak pandir : Doktor, apa yang terjadi pada saya?

Doktor       : Saya berharap kamu bersabar, kamu telah menghadapi BARAH OTAK !

Pak Pandir :Apa ..Barah Otak. ..HOORAY ! ....

Doktor       : Kenapa kamu suka Pak Pandir?

Pak Pandir : Selama ini orang kat kampung kata saya bodoh,tak ada otak ... sekarang saya tahu yang saya .   . .  ..                 memang ada otak ... Terima Kash Doktor

Doktor       : .........

3 comments: